Pages

APIUM : PROGRAM ASASI PENGAJIAN ISLAM

 1) Latar Belakang Program Asasi

 kursus Pra Akademi Islam Universiti Malayabermula sejak 1981 hasil daripada pengambil alihan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) oleh Universiti Malaya. Kursus Pra Akademi Islam ini adalah sebagai sumber utama kemasukan ke Fakulti Syariah , Usuluddin , dan Pendidikan Islam.

Bermula sesi 1999/2000, struktur Pra Akademi Islam ini ditukar kepada program Integrasi dimana pelajar ditawarkan kepada program ijazah pertama dalam bidang Syariah , Usuluddin , dan Pendidikan islam dengan tempoh pengajian minima 9 semester dan mulai 2001/2002 , satu program baru diperkenalkan , iaitu program Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Sains.

Kemudian, bermula sesi 2003/2004 , Program Integrasi APIUM , sekali lagi diubah kepada program ASASI yang menawarkan Program Asasi Syariah , Asasi Usuluddin , Asasi Pendidikan Islam , dan Asasi Pengajian Islam dengan Sains (APIDS). Program Asasi ini merupakan program persediaan bagi pelajar sebelum melanjutkan pengajian di APIUM KUALA LUMPUR.

2) Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian pada peringkat Asasi adalah selama 4 semester di mana pelajar Asasi Pendidikan Islam , Syariah ,  dan Usuluddin akan mengambil purata 15/16 jam kredit pada setiap semester. Manakala pelajar Asasi Pengajian Islam dengan Sains (APIDS) , akan mengambil purata 18/22 jam kredit bagi setiap semester . Semua pengajian akan dijalankan di kampus Nilam Puri,Kelantan kecuali bagi Program Asasi Pengajian Islam dengan Sains (APIDS),yang akan dilaksanakan di kampus Nilam Puri selama 2 semester dan baki 2 semester akan dijalankan di kampus induk UMKL..

Read Users' Comments (0)

0 Response to "APIUM : PROGRAM ASASI PENGAJIAN ISLAM"

Post a Comment